"Ayah will be posted in Miri seawal May ni", suamiku memulakan bicara. Berita yang telah kami jangkakan actually. Sejak harga minyak dunia turun, pelbagai gossip yang didengari. Kemudian diteruskan dengan sebab dan penjelaan tentang perpindahannya. Aku menyambut berita itu dengan senyuman, tidak tahu apa untuk diharapkan. Berita yang bakal merubahkan kehidupan kami. In sh Allah ke arah lebih baik aku kira walaupun kami belum puas manikmati kehidupan di KL. Aku & anak anak baru berpindah ke KL akhir tahun 2015. Aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sudah tiba masanya, kami hidup sebagai sebuah keluarga yang sempurna (in sha Allah). Anak anak dah besar. Mereka memerlukankan role model dan perhatian total dari seorang ayah. Tahun 2016, Alya & Ashraff memulakan persekolahan di sekolah SK AU keramat (darjah 4 & darjah 3). Ammar pulak berada di sekolah berasrama penuh di Sekolah Sains Bagan Datoh. Itu pilihan kami walaupun Ammar dapat beberapa tawaran lain. Entry pasal Ammar pun kena buat jugak ni. Sebab tiap tap minggu kami sekeluarga akan travel ke Bagan Datoh, untuk melawat Ammar. Setahun berlalu tanpa disedari (hahaha, minyak kereta pun tak berhenti mengalir).
Selepas En. Suami dapat confirmation letter dari HR, aku terus menulis surat ke KPM untuk menukarkan Ammar ke Sekolah Sains Miri. Kami book tickets ke Miri untuk familiarization; mencari rumah sewa & sekolah untuk Alya & Ashraff.
No comments:
Post a Comment